Kelas Pemprosesan Kata
28 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPI Bekenu telah mengadakan kelas perisian Pemprosean Kata dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 petang bertempat di Bilik Latihan, PI Bekenu. Tujuan utama kelas ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet. Seramai enam peserta telah mengikuti kelas ini di mana semua peserta telah diajar menggunakan perisian Pemprosesan Kata dengan betul dan mudah. Aktiviti Klik Dengan Bijak (KDB) seperti tayangan video KDB serta word search KDB juga turut diselitkan di dalam kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: